Negara berkebajikan vs Negara bankrap
Negara
Berkebajikan vs Negara Bankrap
‘SOKONG BARISAN RAKYAT – NEGARA BERKEBAJIKAN – Malaysia menjadi topik utama kempen pilihanraya. Barisan Malaysia manakala massa dan ucapan-ucapan oleh pemimpin utama negara dan parti.
RAKYAT TERJAMIN…
SOKONG BARISAN NASIONAL – NEGARA Bankrap – RAKYAT SENGSARA…’
SEMINIT MENGUNDI BARISAN RAKYAT – 5 TAHUN KEBAJIKAN ANDA DAN
KELUARGA SERTA NEGARA TERJAMIN…
Episod
pilihanraya umum ke -12 sudah memasuki zon panas. Perdebatan soal manifesto dan
janji-janji kepada rakyat
Rakyat menawarkan sebuah konsep Negara Berkebajikan untuk rakyat
Barisan Nasional pula banyak menakut-nakutkan rakyat dengan konsep Negara
Bankrap.
Pihak Barisan Rakyat menawarkan kepada rakyat Malaysia konsep negara
kebajikan yang merangkumi kepada penurunan harga minyak, pendidikan dan
kesihatan yang lebih terbela, perumahan rakyat dan pembelaan kepada rakyat.
Manakala di pihak Barisan Nasional pula lebih banyak membicarakan soal konsep
Negara Bankrap dalam media-media
Malaysia pada kedudukan setaraf dengan negara-negara Afrika membuka pelbagai persoalan. Malaysia cukup Malaysia membuka satu dimensi baru dalam pilihanraya umum pada kali ini. Ianya berbeza
Terbaru ucapan menantu Perdana Menteri yang menyatakan konsep Negara
Kebajikan yang akan dilaksanakan oleh Barisan Rakyat akan membawa
Umumnya diketahui beliau bukan seorang pakar ekonomi negara dan tidak pernah
mempunyai pengalaman dan tidak pernah teruji dalam mengurus dan mentadbir
ekonomi negara pada peringkat tertinggi. Kenyataannya juga tidak disokong oleh
data-data ekonomi yang mencukupi serta tidak menyatakan negara Afrika mana yang
beliau maksudkan. Justeru kenyataannya tidak mempunyai sebarang asas yang
konkrit.
Pada umumnya rakyat
teruja dan tertarik dengan konsep politik yang ditawarkan oleh Barisan Rakyat.
‘Politik Harapan‘ atau ‘Politics of Hope’ yang ditawarkan kepada rakyat
dengan Barisan Nasional yang lebih kepada menumpukan kepada ‘Politik
Menakut-nakutkan’ atau ‘Politics of Fear’
Afghanistan sejurus kemenangannya apabila terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat. Malaysia yang mempunyai ketepatan massa arus kerajaan.
Pengumuman Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak sejurus
kemenangan Barisan Rakyat memerintah Malaysia
pada 09 MAC 2008 merupakan tawaran terhebat yang bakal dinikmati oleh semua
lapisan masyarakat Malaysia secara spontan samada di kota atau di desa. Tawaran
ini adalah setara seperti kempen Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama untuk menarik balik tentera Amerika
Syarikat di Iraq dan
Umum mengetahui bahawa kemenangan BN pada PRU-12 bermakna adalah
kenaikan minyak sebanyak 50 sen ataupun setinggi 70 sen. Walaupun khabar angin,
ianya adalah realiti sebenarnya sebagaimana sehari sebelum pengumuman
pembubaran parlimen , Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya untuk
membubarkannya tetapi esoknya khabar angin itu adalah berita yang sebenarnya.
Ini adalah realiti berita khabar angin di
berita yang tinggi berbanding dengan media
Kepada jentera dan pengundi tegar BN, anda ditawarkan dengan
kesengsaraan yang bakal dinikmati selepas 08 Mac 2008 ini dengan pelbagai
kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan jika BN masih kekal memerintah. Untuk
itu kurangkan kemenangan BN kurang daripada 2/3 majoriti tetapi pilihan yang
terbaik adalah bertukar kepada politik harapan yang di bawa oleh Barisan Rakyat
dengan konsep negara berkebajikan di mana
sehingga 2013 kebajikan anda dan negara akan
terjamin.
Malaysia keseluruhannya. Ianya hanya menguntungkan segelintir elit-elit yang mempunyai
Tiada
jaminan yang ditawarkan oleh BN melainkan jaminan untuk menaikkan harga petrol,
diesel, tol , yuran sekolah dan universiti, kos sara hidup dan pelbagai lagi.
Kos pembangunan 5 koridor yang dilancarkan mencecah RM 720 Billion merupakan
pelaburan besar yang tidak mempunyai impak yang tinggi kepada kemajuan ekonomi
masyarakat
kepentingan dengan kepimpinan negara. Nasib dan kepentingan rakyat akan
dilupakan sekali lagi selepas pilihanraya umum ini.
Malaysia hanya mempunyai satu pilihan sahaja dengan menggunakan kuasa undi keramat ini Malaysia ianya tidak akan membawa kepada Negara Bankrap. Kita mesti bekerja keras untuk membawa pembaharuan di
Malaysia .
Kini rakyat
untuk memilih politik harapan yang akan membawa lembaran sejarah baru serta
pembaharuan dalam iklim ekonomi dan siasah negara. Negara berkebajikan yang
diperlukan oleh rakyat
Yang membawa kepada negara menjadi Bankrap
adalah perlaksanaan projek – projek Mega yang mencecah RM: 720 Billion,
penyalahgunaan kuasa, pemberian tender yang tidak telus , rasuah yang semakin
menjadi-jadi, hilang keyakinan para pelabur terhadap iklim ekonomi negara,
badan kehakiman yang hilang integriti dan kewibawaan, pemberian komisen yang
tidak munasabah. Yang amat ditakuti adalah pemimpin-pemimpin
yang sudah Bankrap idea untuk membela nasib rakyat dan negara serta membawa
pembaharuan dalam badan kehakiman, ekonomi dan siasah negara.
Kita sudah ketinggalan dalam daya saing ekonomi di Asean.
pertumbuhan ekonomi negara semakin perlahan dan semakin ketinggalan berbanding negara Singapura, Thailand
, Indonesia dan Vietnam.
Malahan jika tiada sebarang perubahan kita akan jauh ketinggalan pula dengan Burma. Oleh itu hanya dasar dan polisi kerajaan yang
mempunyai idea-idea baru sahaja mampu membawa negara bersaing di peringkat global
dan bukan hanya di peringkat Asean.
Kita perlu menyediakan anak-anak kita suasana negara yang
aman dan selamat. Berikan mereka pendidikan bermutu dan berkualiti untuk
keperluan masa hadapan mereka bukan pendidikan yang hanya untuk keperluan masa
kini sahaja. Kita perlu memberi inspirasi kepada anak-anak kita untuk mempunyai
impian besar dan mencapainya. Pendidikan percuma daripada peringkat bawah
sehingga universiti mampu menyediakan anak-anak kita permulaan yang bagus untuk
memulakan hidup bagi persaingan global. Kita tidak mahu anak-anak kita lepasan
universiti memulakan hidup dengan hutang PTPTN. Tetapi kita sediakan mereka
daya saing dan intelek serta akhlak yang tinggi untuk berhadapan cabaran dunia
global.
Sudah lama kita perhatikan anak-anak kita hanya mampu bermain permainan
komputer ciptaan luar negara tetapi tidak mampu membinanya. Hatta sehingga kita
mempunyai Multimedia Super Coridor (MSC) belum lagi kita dapat bermain hasil
imaginasi anak tempatan kita. Mereka mampu dan berkeupayaan tinggi sebenarnya
tetapi suasana di Malaysia bagaikan tidak
mengizinkannya. Mereka lebih rela mencurahkan idea dan kepakaran mereka di luar
negara daripada menyumbang sesuatu untuk negara.
Di mana silapnya kita…?
Dengan pendidikan percuma ini mereka akan terhutang budi untuk menyumbang
kepada negara kelak. Tidak timbul soal kehilangan daya saing . Tambahan pula
satu hari nanti anak-anak kita membawa dan mencetuskan inovasi baru untuk negara seperti penemuan sumber tenaga baru untuk
mengelakkan kebergantungan negara kepada sumber petroleum dan gas. Dan membawa
negara ke era revolusi teknologi di semua bidang.
Kita mulakan langkah baru untuk membawa Malaysia
ke era baru. Kita perbaiki sistem kehakiman negara daripada menjadi pentas
‘teater bangsawan’. Kita perbaiki sistem ekonomi negara kepada yang lebih adil
kepada semua kaum. Kita perbaiki indeks rasuah negara dengan menjadikan
peperangan menentang rasuah sebagai agenda besar.
Ayuh rakyat Malaysia yang boleh mengundi berjumlah 10,922,139 orang. Anda
adalah penentu nasib rakyat Malaysia dan negara
sehingga 2013 kelak. Pilihan terbaik terletak di tangan anda . Pastikan 09 Mac
2008 ini harga minyak turun untuk menjadi satu berita terbaik untuk kita raikan
nanti. Kita tiada pilihan lain lagi ini adalah masa yang terbaik untuk membawa
pembaharuan. Australia , Thailand dan Pakistan
yang baru sahaja melaksanakan pilihanrayanya juga sudah membawa pembaharuan
baru . Amerika Syarikat juga bakal membawa pembaharuan dalam pemilihan
Presidennya kelak. Malaysia juga wajar menjejak
langkah negara-negara lain untuk merubah kepimpinan negara yang ada kini.
Yakinlah Barisan Rakyat boleh menang untuk
memperjuangkan nasib rakyat. Pecahkan tembok imaginasi yang sudah tertanam
dalam minda sedar dan separa sedar bahawa BN tidak boleh ditumbangkan. Kita
yakin pembaharuan boleh dijalankan di Malaysia.
YAKINLAH KITA MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN. Kita mampu melakukan yang terbaik untuk
pembaharuan di Malaysia.
Semoga keberanian dan semangat perjuangan anda dalam membawa perubahan
ini akan membawa negara ke era yang lebih maju , adil dan saksama. Semangat
pembaharuan di Ijok pada pilihanraya kecil lepas ini akan terus menjalar ke
seluruh Malaysia. Salam perubahan untuk
10,922,139 pengundi rakyat Malaysia. ‘Undi Keramat’ anda adalah pencetus
perubahan dan harapan cerah masa hadapan negara.
ANDA ADALAH HARAPAN MALAYSIA DI ABAD 21 INI .
MESEJ UNTUK 10,922,139 PENGUNDI :
SEMINIT MENGUNDI BARISAN RAKYAT : 5 TAHUN KEBAJIKAN ANDA,
KELUARGA SERTA NEGARA TERJAMIN…