“Malaysiaku Merdeka”

merdeka!merdeka!merdeka!
Itulah laungan keramat Tunku Abdul Rahman sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu  pada 31 Ogos 1957 dan laungan keramat itu akan dimainkan semula apabila menjelangnya tarikh 31 Ogos tiap-tiap tahun. Samada sedar atau tidak, tahun ini genaplah  50 tahun  negara kita  Malaysia  menikmati kemerdekaan.  Merdeka dengan bahasa  mudah  bolehlah diertikan sebagai  "bebas".  Maksudnya  sudah 50 tahun kita menikmati kebebasan di bumi  bertuah Malaysia  ini. Alhamdulillah, pada hari ini Malaysia sudah pesat membangun dan sudah mendapat tempat di pentas antarabangsa. Dari sudut kemajuan material kita tidak mempunyai apa-apa masalah dan ianya boleh dikatakan relevan dengan umur kemerdekaan negara kita. Namun apa yang sedikit mendukacitakan kita adalah pembangunan rohani warganya yang mana jika kita perhatikan semakin bertambah usia kemerdekaan negara kita, maka semakin bertambah teruk nilai dan moral  sebahgian besar masyarakat kita. Adakah ini hasil yang dimanifestasikan daripada pembangunan dan kebebasan yang dinakmati selama ini? Cuba kita perhatikan keadaan di sekeliling kita pada hari ini, kemudian bayangkan apa yang akan berlaku pada Malaysia dalam 10 ke 20 akan datang. Jika  50 tahun Malaysia merdeka, jumlah pengidap HIV/AIDS  seramai 70 000 orang  adakah mungkin ianya akan berkurangan pada tahun-tahun mendatang. Jika pada tahun 2007 ini, jumlah graduan yang menganggur adalah lebih kurang 600 000 orang adakah ianya akan berkurangan beberapa tahun lagi. Ini adalah sebahagian daripada ancaman-ancaman yang dihadapi Malaysia pada saat ini dan ancaman seperti ini sebenarnya lebih berbahaya dari bertempur di medan perang. Ini kerana ianya tidak "lut" dek peluru M16 @ bedilan meriam dan roket. Dengan generasi muda yang kita ada pada tahun 2007 ini, mampukah kita menangkis kesemua itu dan bergemakah lagi laungan keramat Tunku dalam 10 ke 20 tahun akan datang. Apa jaminan kita sebagai salah seorang generasi muda pada hari ini untuk generasi akan datang. Renung-renungkan……

Leave a Reply