boikot BELANDA!!!

April 3rd, 2008 by ant-canabis

Filem Fitna.
>
> *Filem ini menghina kesucian Al-Quran Dan Islam.
> *Puak kafir sudah semakin berani memijak dan menghina maruah Islam.
>
> #Apa yang boleh kita buat??
> Kita Boikot sama barang diorng..
>
> p/s: Produk Utama Belanda:
> 1. Dutch Lady - Susu
> 2. Ferrero Roche - Coklat
> 3. Wall’s - Ais Krim
> 4. Ing -Insurans
> 5. Planta -Magerin
> 6. Lady’s Choice -Magerin
> 7. Lipton -Teh
> 8. Shell -Minyak
> 9. Knorr -Perisa Makanan
> 10. Dove -Mandian
> 11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
> 12. Radiant -Deodoran
> 13. Rexona -Deodoran
> 14. Ponds -Produk Kecantikan
> 15. Kieldsens -Coklat
> 16. Slimfast -Produk Pelangsing
> 17. Lego -Kismis
> 18. Philips -Barangan Elektrik
> 19. Duyvis -Makanan Ringan
> 20. Gouda -Keju
> 21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
> 22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
> 23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
> 24. Labello -Lip Balm
> 25. Pickwick -Teh
> 26. Venz -Mentega Coklat
> 27. Kinder Bueno -Coklat
> 28. Unilever -Syarikat
> 29. Dumex -Susu Tepung
> 30. Nutricia -Susu Bayi
> 31. Sunsilk -Shampoo
> 32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
> 33. Lux -Mandian
> 34. Vaseline -Lip Balm
> 35. Cif -Pencuci Lantai
> 36. Surf -Pencuci Kain
> 37. Wishbone -Pencuci Kain
> 38. Doriana - Keju Krim
> 39. Bertolli -Minyak Masak
> 40. Clear -Shampoo
> 41. Breeze -Pencuci Kain
> 42. Sun -Pencuci Kain
>
>
>
> >Kepada sesapa yang belum tgk filem ini..ini url nya :
> (Part 1)
http://www.youtube.com/watch?v=5kcev1K-NOc
> (Part 2)
http://www.youtube.com/watch?v=TdLMFs4fv4E

JIHAD PERTAHANKAN ISLAM

April 3rd, 2008 by ant-canabis

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    110    سورة   آل عمران :

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله ولو ءامن أهل الكتـب لكان خيرا لهم منهم المؤمنون وأكثرهم الفـسقون

Maksudnya : Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah S.W.T. Dan sekiranya ahli Kitab itu beriman nescaya itulah yang lebih baik bagi mereka tetapi ada di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik

           Umat Islam sentiasa diperingatkan oleh oleh Allah dan rasulNya bahawa kehidupan dunia ini penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam menguji tahap keimanan dan ketaatan kita kepada Allah dan rasulNya. Betapa ramai umat Islam sendiri yang hanya tahu bercakap tentang kekuatan iman yang ada dalam diri sedangkan bila diuji oleh Allah maka jelaslah bagaimana keadaan diri mereka yang sebenar. Ramai umat Islam yang merasa cukup taat kepada Allah tetapi bila ditinjau mengenai perjalanan hidup mereka maka masih terdapat banyak lagi perkara yang dilakukan bercanggah daripada apa yang telah digariskan oleh Islam. Menyedari bahawa antara sifat kekurangan yang ada pada diri kita sebagai makhluk yang bergelar manusia iaitu lupa maka wajiblah kita memperingati antara satu sama lain dengan menghidupkan budaya nasihat dalam masyarakat sehingga yang salah dapat diperbetulkan, yang silap dapat perbaiki, yang sesat dapat dihindari. Kita tidak mahu arahan Allah agar kita sentiasa menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran hanya terhenti setakat atas mimbar khutbah Jumaat sahaja tanpa dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Kejayaan sesuatu umat bergantung kepada kesungguhan dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar dalam kehidupan seharian. Kita wajib melaksanakan tugas suci ini tanpa perlu merasa takut kepada sebarang ugutan, cacian dan tindakan manusia. Ingatlah kita kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad :

قال الرسول e  : لايَمْنَعَنَّ أَحَدَكُمْ رُهْبَةُ النَّاسِ أَنْ يَقُوْلَ بِحَقٍّ إِذَا رَآهُ أَوْ شَهِدَهُ فَإِنَّهُ لايُقَرِّبُ مِنْ أَجْلِ وَلايَنْقُصُ عَنْ رِزْقٍ أَنْ يَقُوْلَ بِحَقٍّ أَوْ يَذْكَرُ بِعَظِيْمٍ

Maksudnya: Janganlah kerana takut kepada manusia menyebabkan engkau takut bercakap perkara yang benar apabila engkau tahu dan melihatnya. Maka sesungguhnya bercakap benar itu tidak memendekkan umur dan mengurangkan rezeki bila bercakap benar atau menyebut perkara yang besar

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  36  surah al-Anfal :

إن الذين كفروا ينفقون أموالهم ليصدوا عن سبيل الله , فسينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم يغلبون والذين كفروا إلى جهنم يحشرون

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

         Kita juga sedar bagaimana musuh Islam sentiasa mencari jalan samada secara keras atau lembut dalam menyesat dan menjauhkan umat Islam daripada ajaran dan system Islam yang sebenar. Hidup di zaman di mana hati-hati umat Islam sendiri lebih mencintai dunia daripada akhirat maka suatu usaha yang lebih bersungguh mestilah dibuat agar kesedaran ke arah mengembalikan system Islam dalam setiap aspek kehidupan dapat dicapai. Kekuatan umat Islam bertunjang daripada aqidah maka jika aqidah umat Islam runtuh menyebabkan pelbagai masalah lain terutama keruntuhan akhlak akan berlaku dengan lebih meluas tanpa kawalan. Oleh itu suatu kajian yang lebih mendalam bersama tindakan yang tegas berdasarkan Islam perlu dibuat oleh kerajaan terutama berkenaan kenyataan Mufti Perak yang mendakwa kira-kira 100,000 orang Islam di negara termasuk seorang yang bergelar ‘ustazah’ telah murtad hasil daripada suatu  kajian sekumpulan  profesional dan intelektual Melayu yang menjalankan kajian mengenai masalah itu pada tahun lepas. Malah umat Islam bermula daripada pemimpin mesti serius dalam menghadapi tekanan dan perancangan jahat musuh Islam yang semakin berani menentang Islam termasuk dalam kes terbaru menukar agama (murtad) yang dituntut Azlina Jailani atau lebih dikenali dengan nama Lina Joy bagi memadamkan perkataan Islam pada kad pengenalannya. Ini semua adalah antara perancangan jahat musuh Islam di mana jika kita masih berlembut maka usaha musuh Islam untuk membuang perkataan Islam daripada kad pengenalan akan berjaya tidak lama lagi. Selepas itu mereka akan pergi lebih jauh untuk membuang Islam daripada perlembagaan negara agar segala cita-cita jahat dalam melenyapkan Islam akan terlaksana.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

         Tidak cukup dengan masalah murtad maka masalah penyebaran luas Islam Liberal juga mesti diambil perhatian yang serius. Suara-suara sesat daripada puak Islam Liberal ini semakin jelas berlaku seperti mempertikaikan talak yang hanya diberikan kepada kaum lelaki, pembahagian pesaka yang melebihkan kaum lelaki, amalan poligami yang dipandang menzalimi wanita, menuduh ulama’ feqah sebagai pereka agama dan antara yang terbaru ialah mempertikaikan pandangan mufti agar dihentikan amalan kongsi raya yang boleh menjejaskan aqidah umat Islam. Jika kita lihat kepada kesan kongsi raya memang begitu merbahaya apabila aqidah umat Islam yang telah rapuh akan bertambah rapuh sehingga menganggap semua agama adalah sama. Mula-mula umat Islam hanya mengikut upacara yang tidak bercanggah dengan Islam tapi lama-kelamaan mereka turut terheret dengan budaya dan adat agama lain yang bercanggah dengan Islam dalam keadaan sedar atau pun tidak. Inilah sebenarnya yang dikehendaki oleh musuh Islam di mana umat Islam tidak payah masuk kristian, budha, hindu tetapi cukuplah bahawa umat Islam yang gila raya ini mengiktiraf bahawa agama-agama itu semuanya betul

         Bila aqidah telah rosak maka keadaan akhlak semakin parah terutama kita berasa terhina dan malu jika benarnya dakwaan bahawa masyarakat Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi  iaitu 75 peratus yang tikam ekor sekarang ini merupakan orang-orang Melayu sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah majalah. Kenyataan ini ditambah dengan cadangan kementerian pelancongan supaya kelab malam dibuka sehingga jam 5 pagi sempena tahun melawat Malaysia 2007 nanti. Ke manakah sebenarnya arah tuju Islam Hadhari yang dicanangkan selama ini samada Islam yang dipertahan atau jahiliah yang dijulang. Adakah kita sebagai umat Islam yang bermaruah rela melihat keruntuhan aqidah dan akhlak terus berlangsung dalam negara tanpa sebarang usaha untuk menanganinya. Muliakah kita jika memandang semua bahaya tersebut hanya masalah orang lain bukannya melibatkan anak dan cucu kita. Adakah kita boleh mati dengan tenang ketika keruntuhan aqidah dan akhlak ini semakin mengancam anak cucu kita. Apakah bekalan yang kita bekalkan kepada anak cucu kita samada harta atau pun agama yang berharga.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

         Kita turut merasa sedih dan marah apabila musuh Islam dengan kejam terus meratah tubuh umat Islam tanpa rasa kasihan. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bacul yahudi Israel yang terus mengebom bangunan dan membunuh umat Islam di Palestin disamping menahan puluhan menteri dan ahli parlimen Palestin. Setelah gagal menjatuhkan kerajaan HAMAS Palestin dengan sekatan kewangan maka zionis yahudi kini atas alasan mahu membebaskan seorang pegawai tenteranya yang diculik sedang berusaha menggulingkan sebuah kerajaan pilihan rakyat disamping meruntuhkan masjid Aqsa. Kita turut mengutuk tindakan tidak bertamadun yahudi yang mengebom lapangan terbang Beirut, Lubnan serta membunuh puluhan rakyat yang tidak berdosa. Zionis yahudi tidak mengenal erti perdamaian tetapi mereka hanya tahu membunuh dan menghancurkan sesiapa sahaja yang dianggap sebagai musuh mereka. Oleh itu marilah kita sama-sama membantu saudara seagama dengan kemampuan yang ada terutama melalui doa-doa kita bersama.

Firman Allah dalam ayat 17  surah Luqman :

يبني أقم الصلـوة  وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمور

Maksudnya : Wahai anakku! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan dan tegahlah daripada kemungkaran serta sabarlah di atas cubaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu merupakan perkara yang dikehendaki ambil berat mengenainya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

MENGAPA PERLU MENOLAK BARISAN NASIONAL

March 1st, 2008 by ant-canabis

MENGAPA PERLU MENOLAK BARISAN NASIONAL

Bangga sungguh Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Badawi menyatakan, Barisan Nasional (BN) ada banyak bukti kejayaan.
Memang banyak. Antaranya ialah:

1. Harga barang naik mendera rakyat

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 28 Februari 2006
menyebabkan kenaikan harga barang
bertambah buruk.

Tindakan itu berpunca dari sifat kedekut untuk membelanjakan RM4.4 bilion
setahun demi kepentingan rakyat. Pada masa yang sama, kerajaan begitu bermurah
hati membelanjakan RM 6.7 bilion
setahun untuk memberikan subsidi gas kepada kapitalis-kapitalis kaya raya yang
memiliki Independent Power Producers (IPP). Menambahkan lagi pembaziran wang
rakyat, tenaga elektrik yang dijanakan oleh IPP hampir tidak digunakan
oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebaik sahaja harga minyak dinaikkan, kadar inflasi melambung hingga 4.8 peratus di
dalam bulan Mac 2006, yang paling tinggi dalam enam tahun. Pakar ekonomi di
Affin Securities, Suhaimi Ilias pada waktu itu berkata, kenaikan
harga minyak dan tarif elektrik memburukkan lagi inflasi.

2. Jenayah menjadi-jadi hingga Tun Hanif Omar pun
rasa tidak selamat


Dalam masa empat tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri, jenayah meningkat
sehingga 45 peratus.
Memburukkan keadaan, Abdullah sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri
membuktikan beliau tidak tahu apa-apa pun apabila bertanya "Apa yang sedang berlaku?
Mengapa tinggi sangat?
"

Dalam tulisan bertajuk bertajuk "Crime and quality of life"
dalam ruangannya di Sunday Star "Point of View", bekas Ketua Polis
Negara, Tun Hanif Omar menyatakan, "Saya dan keluarga saya tidak lagi
berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur".

Perdana Menteri tidak pernah menafikan dakwaan Malaysia Today bahawa beliau
takut kepada gabungan "unholy trinity"
iaitu Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR. "Unholy
trinity" pula digambarkan oleh laman berita itu sebagai diikat habis
tengkuk mereka oleh BK Tan, kepala
sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan
rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem
maklumat berkomputer polis.

3. Dr M gambarkan BN penuh dengan tunggul mati
yang korup


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan BN dipenuhi
pemimpin "korup dan tunggul mati" apabila Malaysiakini melaporkan mengenai misi beliau
dalam pilihan raya umum iaitu ‘membersihkan’ kerajaan BN, khususnya parti
tulang belakangnya, Umno.

Sambil menyatakan BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri, Dr
Mahathir menyeru para penyokong BN supaya jangan undi calon-calon yang korup
dan tidak cekap kerana "inilah cara kita dapat bersihkan… BN dan
Umno".

Beliau juga berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam
kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.

4. Dr M kata kerajaan BN jadikan

Malaysia

lembik
dan bacul


Dr Mahathir pernah menyifatkan Perdana Menteri menggadaikan maruah negara dan,
seperti yang dilaporkan NST 2 Mei 2006,
negara dijadikannya lembik dan bacul (half-past-six country which has no guts).

5. Dr M kata PM suka bohong, kaki tidur, tak
jujur, tak bijak


"Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong,"
tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed
a habit of lying
) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain,
Amerika Syarikat dan Australia.


Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu kaki tidur waktu
kerja.

"Tempoh tumpuannya (Abdullah) sangat singkat dan semua orang memberitahu
saya … bahawa beliau tidur, walaupun ketika pelbagai perkara dibentangkan
kepadanya … Beliau suka membiarkan pembantu-pembantunya memberitahu beliau
apa yang hendak dilakukan," kata Dr Mahathir.

 


Ketika ditemubual majalah Off The Edge, Dr Mahathir mengingatkan rakyat
Malaysia bahawa Perdana Menteri adalah seorang yang lembab, tidak
memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan, tidak betul, tidak jujur,
tidak bijak, menjatuhkan maruah negara serta menyebabkan negara hilang harga
diri, hak, kebebasan, kemerdekaan manakala kerajaan pula hilang kewibawaan.

Dalam temubual yang disiarkan oleh Malaysiakini,
ketika ditanya adakah Perdana Menteri boleh dianggap tunggul mati, Dr Mahathir
tidak menafikannya. Beliau hanya berkata: "Saya tidak tahu apa pandangan
saya, tetapi saya tahu saya mempunyai perbezaan pendapat dengannya".

6. Dr M kata Khairy lebih berkuasa dari PM

Sehingga kini, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi
The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Kalimullah Masheerul Hassan masih
menikus terhadap cabaran bekas
Setiusaha Politik Dr Mahathir, Mathias Chang yang mencabar untuk berdebat
bahawa mereka tidak meletakkan Perdana Menteri di bawah kawalan mereka dan
mempengaruhi keputusannya.

Mathias juga mencabar Khairy dan Kalimullah mengisytiharkan aset mereka sebelum
Abdullah menjadi Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan sekarang.

"Saya dengar kata di tingkat empat (di Jabatan Perdana Menteri). You pi
cari tengok ada kerusi meja ke, siapa ada, ada ofis boy ke … dari

Oxford

, dari

Cambridge

,"
kata Dr Mahathir
merujuk kepada sekumpulan kakitangan muda yang dikatakan oleh sumber dalaman
Umno sebagai berkhidmat kepada Khairy.

"Tingkat empat ni boleh telefon siapa saja dan nasihat untuk buat benda
yang baik. Sebab tu hari ini kita tengok semuanya baik-baik belaka. Tingkat

lima

Perdana Menteri
duduk. (Tingkat empat) lebih berkuasa dari tingkat

lima

sebab dia lebih pandai. Tingkat

lima

tak pi

Oxford

".

Perdana Menteri pernah menafikan beliau
tunduk kepada pengaruh Khairy. Bagaimanapun, apa yang diceritakan Timbalan (II)
Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Wong Chun Wai bertentangan dengan
dakwaan Perdana Menteri, yang pernah menyatakan beliau "kelihatan lesu dan
tidak tahu membuat keputusan" (The Star, 20/5/2006).

Menurut Wong, pada 25 Disember 2003, beliau menyampaikan "Christmas wish"nya
kepada Khairy. Wong memberitahu Khairy bahawa beliau ingin melihat pasukan
polis yang bersih dan direformasikan. Selepas itu, pada 29 Disember 2003,
Perdana Menteri mengumumkan,
kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya
diraja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjadikan
PDRM sebagai satu pasukan penguat kuasa undang-undang yang berwibawa dan
dihormati.

7. Dr M seru rakyat Kelantan jangan percaya janji
BN


Membayangkan
kerajaan BN pembohong, Dr Mahathir menyeru rakyat Kelantan supaya tidak
terpedaya dengan janji yang ditabur oleh kerajaan pusat yang berjumlah RM3
billion untuk pembangunan lebuhraya dan empangan di Kelantan. Sebaliknya beliau
meminta rakyat Kelantan bertanya, mana duitnya? Tunjukkan dahulu duit tersebut!

Bekas Pengerusi BN itu juga dilaporkan berkata, sekiranya ketewasan Umno adalah
satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan Umno sekarang tentang kelemahan
pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi undi mereka
kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.

Ketika bekas Presiden Umno itu membuat kenyataan tersebut, Tengku Razaleigh
Hamzah berkongsi pentas dengan Dr Mahathir dan duduk sebelah menyebelah.

Bukan itu sahaja, Dr. Mahathir memberi ucapan supaya rakyat menolak kepimpinan
Perdana Menteri di atas platform yang dinaungi oleh Tengku Razaleigh sendiri!

Sebab itulah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan kenyataan
Dr Mahathir yang memberi mesej secara yang menggambarkan rakyat wajar terus
memberi sokongan kepada PAS di Kelantan.

8. Dr M kata ‘Patrick Badawi’ perintah Terengganu

Dr Mahathir menegaskan, bahawa Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri,
Khairy Jamaluddin dan rakan perniagaannya , Patrick Lim.

"Patrick Lim ini ialah Patrick Badawi," akhbar Singapura, The Straits
Times 23 September 2006 memetik Tun Dr Mahathir sebagai berkata.

"Ini adalah Perlembagaan baru yang telah diubah tanpa pengetahuan
Parlimen. Perlembagaan baru berkata menantu dan Patrick Lim sedang memerintah
Terengganu," sindir bekas Perdana Menteri.

Benarkah rakyat Terengganu menolak kerajaan sendiri dan mengangkat pemerintahan
Patrick Lim? Menurut Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa, pertambahan pengundi
baru antara 1999 hingga 2004 ialah 68,585 orang. Dalam pilihan raya 2004, Undi
Barisan Alternatif (BA) merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak
93,249 undi berbanding 1999.

"Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi
BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146). Undi BN tidak termasuk pertambahan ‘undi
rakyat’ sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!

"Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585
orang!" kata beliau. Bagaimana dinafikan wujudnya penipuan?

9. ECER akan sapu tanah rezab Melayu.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan untuk mengambilalih 66,736 km
persegi tanah rezab Melayu atau 40 peratus kawasan ECER. Pemilik-pemilik tanah
rezab Melayu di dalam ECER hanya mempunyai dua pilihan. Pertama, pemilik
menukarkan tanah mereka dengan unit-unit saham dalam sebuah badan yang didakwa
"badan amanah". Kedua, menjualkan terus kepada badan yang didakwa
"badan amanah itu".(The Edge Daily 24
September 2007)

10. WPI untuk Singapura, gugat Islam

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:
"Kenapa kita harus bergantung sangat dengan penyertaan Singapura untuk
membangun WPI? KaIau pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPI mereka nanti
akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ.

"Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya
sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan
diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh
memuatkan setakat

lima

hingga enam juta maka baki penduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi
kalau kita kita tidak berwaspada, WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk
warga Singapura.

"Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura
dulu, kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika
kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga,
bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka
WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang Melayu tidak mampu
membeli rumah di wilayah itu".

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pula melaporkan: Menteri Besar
Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui bahawa terdapat kemungkinan bahawa
Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya. Akta IRDA 664
diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI.

Menteri Besar Johor itu menjawab isu yang dibangkitkan oleh ProWaris mengenai
Akta IRDA 664. ProWaris melihat akta itu bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan
Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu,
menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

Semua itu adalah idea Perdana Menteri. "Let me stress that this is my
idea. It did not come from anyone else. It is my own vision and plan to create
this super corridor in south Johor to make it the nation’s premier growth
centre
," NST memetik
beliau berkata.

11. Dr M
minta siasat PM kerana skandal minyak


Skandal Oil for Food yang menzalimi rakyat

Iraq

yang dihimpit kemiskinan dan
kelaparan disifatkan oleh wartawan Fox News, Fred Barnes
sebagai "skandal terbesar dalam sejarah manusia".

Dr Mahathir berkata:
"Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya tidak tahu perkara tersebut …
hanya selepas saya melepaskan jawatan, laporan tersebut dibuat.

"Apa yang penting bukan sama ada beliau merupakan penerima atau tidak,
tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri - atau sesiapa yang memegang jawatan
dalam kerajaan - tidak wajar terlibat dalam mana-mana transaksi komersil.
Nampaknya, dia turut terlibat.

"Sejauh mana dia turut terlibat saya tidak tahu…tetapi saya fikir,
sepatutnya suatu siasatan perlu dilakukan oleh badan bebas, bukan oleh mereka
yang di bawah Perdana Menteri".

Malaysiakini melaporkan, dua orang yang
terlibat secara langsung dalam transaksi Oil for Food itu ialah bekas ipar
Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, Faek Ahmad Shareef dan adik Endon,
Noorasiah.

Abdullah menulis

surat

yang menyokong perniagaan kedua-duanya di daalm skandal Oil for Food itu.

12. PM
langgar garis panduan JPM, lepaskan harta kerajaan


Perdana Menteri melanggar garis panduan JPM apabila saham Pantai Holdings
sebesar 31 peratus "dipersembahkan" kepada Parkway Holdings dari
Singapura dengan harga RM312 juta sahaja. Skandal itu pernah dilaporkan oleh Malay Mail (19
Disember 2005).

Mengulas skandal itu, Husam berkata:
"Lebih menyedihkan lagi, penjualan saham Pantai kepada pihak Singapura
sebanyak 31% itu bercanggah dengan garis panduan penggabungan dan pengambil
alihan milik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri bertarikh 21
Mei 2003 lagi. YAB, maafkan saya, sebenarnya telah melanggar garis panduan
Jabatan Perdana Menteri sendiri berkait dengan fasal-fasal 4.3, 6.3 dan 7.3.
Bagaimana ini boleh berlaku?"

Bukan setakat itu sahaja. Kerajaan Barisan Nasional juga melepaskan
syarikat-syarikat strategik negara ini untuk diambilalih oleh syarikat-syarikat
Singapura sehingga ke peringkat yang parah dan akan memusnahkan negara ini.
antaranya termasuk pengambilalihan Pantai oleh Parkway; pembelian sebahagian
kepentingan AirAsia, Proton Holdings Bhd oleh GSIC; pemilikan ekuiti Telekom
Malaysia Bhd (TM) dan Malaysian Plantations Bhd oleh Temasek Holdings dan pemilikan
saham-saham pelabuhan tempatan, Westports, oleh pengendali pelabuhan Singapura,
PSA, melalui Hutchison Ports Holdings.

13. Dr M
tanya macam mana Khairy jadi jutawan segera?


ECM Libra merupakan sebuah syarikat senaraian awam yang tidak terkenal sebelum
ia mengambil alih Avenue Capital. Manakala Avenue Capital pula ialah syarikat
merupakan milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.) di mana
Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab.

MyKMU.Net
melaporkan:

Avenue (untuk setahun hingga 31-1-2006)

Shareholders’ Fund (Jumlah Capital): RM673 juta (pada 31/1/2005)
Revenue: RM78.1 juta
Profit Before Tax (PBT): RM56.6 juta
Earning per Share (Basic EPS): 6.89 sen sesaham
Net Tangible Asset Per Share: 92.6 sen sesaham
1-year Profit Growth (PBT): +78.8%

ECM Libra (setahun hingga 31-12-2005)

Shareholders’ Fund (Jumlah Capital): RM578.3 juta (pada 30-3-2005)
Revenue: RM44.8 juta
Profit Before Tax (PBT): RM17.7 juta
Earning per Share (Basic EPS): 3.74 sen saham
Net Tangible Asset Per Share: 1.34 sen
1-year Profit Growth (PBT): -45.9%

Cuba bandingkan dari segi keuntungan, keuntungan sesaham, pertumbuhan
keuntungan, saiz modal dan sokongan aset setiap saham antara kedua-dua syarikat
ini.

Jelas Avenue

lebih dari semua segi.

Sebab itulah, apabila kedua-duanya bergabung sebaik sahaja Khairy mempunyai
kira-kira RM9.2 saham dalam
ECM Libra, penggabungan itu disifatkan sebagai "ular lidi" menelan
"naga".

Apabila ditanya adalah beliau meluluskan cadangan penggabungan ECM Libra dan

Capitral Avenue

yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.), The Star
20 Januari 2006 memetik Perdana Menteri berkata: "I
am not involved in any way. I don’t know
" (Saya tak terlibat sama
sekali. Saya tak tahu).

Bagaimana Khairy menjadi jutawan segera? Khairy mendakwa dia meminjam duit
kawan untuk membeli saham dalam ECM Libra. Tetapi, dia tidak menjawab pertanyaan Dr
Mahathir: "Di mana dia dapat duit RM9 juta… dia kata pinjam dekat kawan…
siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta..saya pun nak pinjam jugak.

"Barangkali ada juga dikalangan Pemuda-pemuda UMNO nak pinjam RM9 juta nak
beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu bagi
(pinjam)…kalau nak pinjam di bank, boleh ke kita pergi ke bank nak pinjam RM9
juta nak beli saham ECM-Libra.

"Suruh ahli-ahli UMNO ke bank pinjam RM9 juta…kalau boleh dapat".

Lebih pelik lagi, dalam jawapan kepada
peguam yang mewakili Matthias Chang; Timbalan Peguam Cara Perbendaharaan
Kementerian Kewangan, Haini Hassan memberitahu, dokumen-dokumen berkaitan
penggabungan ECM Libra and Avenue Capital Resources "tidak terdapat dalam
simpanan (possession), jagaan atau kawalan Kementerian Kewangan".

14. Anak PM juga jutawan segera

Dalam masa hanya beberapa bulan sahaja Abdullah menjadi Perdana Menteri,
anaknya Kamaluddin
diisytihar sebagai antara 10 tokoh perniagaan Melayu terkaya di negara ini,
dengan aset lebih RM320 juta.

Abdullah pernah menyatakan bahawa anak-anak Dr Mahathir menerima manfaat yang
jauh lebih besar dari apa yang diterima oleh Scomi. Kenyataan Abdullah
itu dengan sendirinya mengakui bahawa syarikat yang dikuasai anaknya juga
menerima manfaat dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

15. PM cakap tak serupa bikin

Perdana Menteri yang mengarahkan
wakil-wakil rakyat dan keluarga mereka mengisytiharkan harta membuat kenyataan
yang menghalang harta
anak menantunya diisytiharkan. Beliau menegaskan, beliau tidak bercadang
membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun
menantunya.

‘‘Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta
yang mereka miliki,’’ kata Perdana Menteri.

16.

Malaysia

tercorot dalam senarai demokrasi terencat

Malaysia

dapat nombor corot, nombor 81, dalam senarai demokrasi terencat (Democracy Index 2007).
Tercorot dalam senarai demokrasi terencat. Bukan demokrasi sihat.

 

Negara berkebajikan vs Negara bankrap

March 1st, 2008 by ant-canabis

Negara
Berkebajikan vs Negara Bankrap

 ‘SOKONG BARISAN RAKYAT – NEGARA BERKEBAJIKAN –
RAKYAT TERJAMIN…
SOKONG BARISAN NASIONAL – NEGARA Bankrap – RAKYAT SENGSARA…’
SEMINIT MENGUNDI BARISAN RAKYAT – 5 TAHUN KEBAJIKAN ANDA DAN
KELUARGA SERTA NEGARA TERJAMIN…

Episod
pilihanraya umum ke -12 sudah memasuki zon panas. Perdebatan soal manifesto dan
janji-janji kepada rakyat

Malaysia

menjadi topik utama kempen pilihanraya. Barisan
Rakyat menawarkan sebuah konsep Negara Berkebajikan untuk rakyat

Malaysia

manakala
Barisan Nasional pula banyak menakut-nakutkan rakyat dengan konsep Negara
Bankrap.
Pihak Barisan Rakyat menawarkan kepada rakyat Malaysia konsep negara
kebajikan yang merangkumi kepada penurunan harga minyak, pendidikan dan
kesihatan yang lebih terbela, perumahan rakyat dan pembelaan kepada rakyat.

Manakala di pihak Barisan Nasional pula lebih banyak membicarakan soal konsep
Negara Bankrap dalam media-media

massa

dan ucapan-ucapan oleh pemimpin utama negara dan parti.


Terbaru ucapan menantu Perdana Menteri yang menyatakan konsep Negara
Kebajikan yang akan dilaksanakan oleh Barisan Rakyat akan membawa

Malaysia

pada kedudukan setaraf dengan negara-negara Afrika membuka pelbagai persoalan.
Umumnya diketahui beliau bukan seorang pakar ekonomi negara dan tidak pernah
mempunyai pengalaman dan tidak pernah teruji dalam mengurus dan mentadbir
ekonomi negara pada peringkat tertinggi. Kenyataannya juga tidak disokong oleh
data-data ekonomi yang mencukupi serta tidak menyatakan negara Afrika mana yang
beliau maksudkan. Justeru kenyataannya tidak mempunyai sebarang asas yang
konkrit.
Pada umumnya rakyat

Malaysia

cukup
teruja dan tertarik dengan konsep politik yang ditawarkan oleh Barisan Rakyat.
‘Politik Harapan‘ atau ‘Politics of Hope’ yang ditawarkan kepada rakyat

Malaysia

membuka satu dimensi baru dalam pilihanraya umum pada kali ini. Ianya berbeza
dengan Barisan Nasional yang lebih kepada menumpukan kepada ‘Politik
Menakut-nakutkan’ atau ‘Politics of  Fear’
.


Pengumuman Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak sejurus
kemenangan Barisan Rakyat memerintah Malaysia
pada 09 MAC 2008 merupakan tawaran terhebat yang bakal dinikmati oleh semua
lapisan masyarakat Malaysia secara spontan samada di kota atau di desa. Tawaran
ini adalah setara seperti kempen Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama untuk menarik balik tentera Amerika
Syarikat di Iraq dan

Afghanistan

sejurus kemenangannya apabila terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Umum mengetahui bahawa  kemenangan BN pada PRU-12 bermakna adalah
kenaikan minyak sebanyak 50 sen ataupun setinggi 70 sen. Walaupun khabar angin,
ianya adalah realiti sebenarnya sebagaimana sehari sebelum pengumuman
pembubaran parlimen , Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya untuk
membubarkannya tetapi esoknya khabar angin itu adalah berita yang sebenarnya.
Ini adalah realiti berita khabar angin di

Malaysia

yang mempunyai ketepatan
berita yang tinggi berbanding dengan media

massa

arus kerajaan.

 

Kepada jentera dan pengundi tegar BN, anda ditawarkan dengan
kesengsaraan yang bakal dinikmati selepas 08 Mac 2008 ini dengan pelbagai
kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan jika BN masih kekal memerintah. Untuk
itu kurangkan kemenangan BN kurang daripada 2/3 majoriti tetapi pilihan yang
terbaik adalah bertukar kepada politik harapan yang di bawa oleh Barisan Rakyat
dengan konsep negara berkebajikan di mana
sehingga 2013 kebajikan anda dan negara akan
terjamin.


Tiada
jaminan yang ditawarkan oleh BN melainkan jaminan untuk menaikkan harga petrol,
diesel, tol , yuran sekolah dan universiti, kos sara hidup dan pelbagai lagi.
Kos pembangunan 5 koridor yang dilancarkan mencecah RM 720 Billion merupakan
pelaburan besar yang tidak mempunyai impak yang tinggi kepada kemajuan ekonomi
masyarakat

Malaysia

keseluruhannya. Ianya hanya menguntungkan segelintir elit-elit yang mempunyai
kepentingan dengan kepimpinan negara. Nasib dan kepentingan rakyat akan
dilupakan sekali lagi selepas pilihanraya umum ini.


Kini rakyat

Malaysia

hanya mempunyai satu pilihan sahaja dengan menggunakan kuasa undi keramat ini
untuk memilih politik harapan yang akan membawa lembaran sejarah baru serta
pembaharuan dalam iklim ekonomi dan siasah negara. Negara berkebajikan yang
diperlukan oleh rakyat

Malaysia

ianya tidak akan membawa kepada Negara Bankrap.
Yang membawa kepada negara menjadi Bankrap
adalah perlaksanaan  projek – projek Mega yang mencecah RM: 720 Billion,
penyalahgunaan kuasa, pemberian tender yang tidak telus , rasuah yang semakin
menjadi-jadi, hilang keyakinan para pelabur terhadap iklim ekonomi negara,
badan kehakiman yang hilang integriti dan kewibawaan, pemberian komisen yang
tidak munasabah.
Yang amat ditakuti  adalah pemimpin-pemimpin
yang sudah Bankrap idea untuk membela nasib rakyat dan negara serta membawa
pembaharuan dalam badan kehakiman, ekonomi dan siasah negara.

Kita mesti bekerja keras untuk membawa pembaharuan di

Malaysia

.
Kita sudah ketinggalan dalam daya saing ekonomi di Asean. Malahan
pertumbuhan ekonomi negara semakin perlahan dan semakin ketinggalan berbanding negara Singapura, Thailand
, Indonesia dan Vietnam.
Malahan jika tiada sebarang perubahan kita akan jauh ketinggalan pula dengan Burma. Oleh itu hanya dasar dan polisi kerajaan yang
mempunyai idea-idea baru sahaja mampu membawa negara bersaing di peringkat global
dan bukan hanya di peringkat Asean.


Kita perlu menyediakan anak-anak kita suasana negara yang
aman dan selamat. Berikan mereka pendidikan bermutu dan berkualiti untuk
keperluan masa hadapan mereka bukan pendidikan yang hanya untuk keperluan masa
kini sahaja. Kita perlu memberi inspirasi kepada anak-anak kita untuk mempunyai
impian besar dan mencapainya. Pendidikan percuma daripada peringkat bawah
sehingga universiti mampu menyediakan anak-anak kita permulaan yang bagus untuk
memulakan hidup bagi persaingan global. Kita tidak mahu anak-anak kita lepasan
universiti memulakan hidup dengan hutang PTPTN. Tetapi kita sediakan mereka
daya saing dan intelek serta akhlak yang tinggi untuk berhadapan cabaran dunia
global.


Sudah lama kita perhatikan anak-anak kita hanya mampu bermain permainan
komputer ciptaan luar negara tetapi tidak mampu membinanya. Hatta sehingga kita
mempunyai Multimedia Super Coridor (MSC) belum lagi kita dapat bermain hasil
imaginasi anak tempatan kita. Mereka mampu dan berkeupayaan tinggi sebenarnya
tetapi suasana di Malaysia bagaikan tidak
mengizinkannya. Mereka lebih rela mencurahkan idea dan kepakaran mereka di luar
negara daripada menyumbang sesuatu untuk negara.
Di mana silapnya kita…?
Dengan pendidikan percuma ini mereka akan terhutang budi untuk menyumbang
kepada negara kelak. Tidak timbul soal kehilangan daya saing . Tambahan pula
satu hari nanti anak-anak kita membawa dan mencetuskan inovasi baru untuk negara seperti penemuan sumber tenaga baru untuk
mengelakkan kebergantungan negara kepada sumber petroleum dan gas. Dan membawa
negara ke era revolusi teknologi di semua bidang.


Kita mulakan langkah baru untuk membawa Malaysia
ke era baru. Kita perbaiki sistem kehakiman negara daripada menjadi pentas
‘teater bangsawan’. Kita perbaiki sistem ekonomi negara kepada yang lebih adil
kepada semua kaum. Kita perbaiki indeks rasuah negara dengan menjadikan
peperangan menentang rasuah sebagai agenda besar.
Ayuh rakyat Malaysia yang boleh mengundi berjumlah 10,922,139 orang. Anda
adalah penentu nasib rakyat Malaysia dan negara
sehingga 2013 kelak. Pilihan terbaik terletak di tangan anda . Pastikan 09 Mac
2008 ini harga minyak turun untuk menjadi satu berita terbaik untuk kita raikan
nanti. Kita tiada pilihan lain lagi ini adalah masa yang terbaik untuk membawa
pembaharuan.
Australia , Thailand dan  Pakistan
yang baru sahaja melaksanakan pilihanrayanya juga sudah membawa pembaharuan
baru . Amerika Syarikat juga bakal membawa pembaharuan dalam pemilihan
Presidennya kelak. Malaysia juga wajar menjejak
langkah negara-negara lain untuk merubah kepimpinan negara yang ada kini.

Yakinlah Barisan Rakyat boleh menang untuk
memperjuangkan nasib rakyat. Pecahkan tembok imaginasi yang sudah tertanam
dalam minda sedar dan separa sedar bahawa BN tidak boleh ditumbangkan. Kita
yakin pembaharuan boleh dijalankan di Malaysia.
YAKINLAH KITA MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN. Kita mampu melakukan yang terbaik untuk
pembaharuan di Malaysia.
Semoga keberanian dan semangat perjuangan anda dalam membawa perubahan
ini akan membawa negara ke era yang lebih maju , adil dan saksama. Semangat
pembaharuan di Ijok pada pilihanraya kecil lepas ini akan terus menjalar ke
seluruh Malaysia. Salam perubahan untuk
10,922,139 pengundi rakyat Malaysia. ‘Undi Keramat’ anda adalah pencetus
perubahan dan harapan cerah masa hadapan negara.
ANDA ADALAH HARAPAN MALAYSIA DI ABAD 21 INI .

MESEJ UNTUK 10,922,139 PENGUNDI :
SEMINIT MENGUNDI BARISAN RAKYAT  :  5 TAHUN KEBAJIKAN ANDA,
KELUARGA SERTA NEGARA TERJAMIN…

“Malaysiaku Merdeka”

August 12th, 2007 by ant-canabis

merdeka!merdeka!merdeka!
Itulah laungan keramat Tunku Abdul Rahman sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu  pada 31 Ogos 1957 dan laungan keramat itu akan dimainkan semula apabila menjelangnya tarikh 31 Ogos tiap-tiap tahun. Samada sedar atau tidak, tahun ini genaplah  50 tahun  negara kita  Malaysia  menikmati kemerdekaan.  Merdeka dengan bahasa  mudah  bolehlah diertikan sebagai  "bebas".  Maksudnya  sudah 50 tahun kita menikmati kebebasan di bumi  bertuah Malaysia  ini. Alhamdulillah, pada hari ini Malaysia sudah pesat membangun dan sudah mendapat tempat di pentas antarabangsa. Dari sudut kemajuan material kita tidak mempunyai apa-apa masalah dan ianya boleh dikatakan relevan dengan umur kemerdekaan negara kita. Namun apa yang sedikit mendukacitakan kita adalah pembangunan rohani warganya yang mana jika kita perhatikan semakin bertambah usia kemerdekaan negara kita, maka semakin bertambah teruk nilai dan moral  sebahgian besar masyarakat kita. Adakah ini hasil yang dimanifestasikan daripada pembangunan dan kebebasan yang dinakmati selama ini? Cuba kita perhatikan keadaan di sekeliling kita pada hari ini, kemudian bayangkan apa yang akan berlaku pada Malaysia dalam 10 ke 20 akan datang. Jika  50 tahun Malaysia merdeka, jumlah pengidap HIV/AIDS  seramai 70 000 orang  adakah mungkin ianya akan berkurangan pada tahun-tahun mendatang. Jika pada tahun 2007 ini, jumlah graduan yang menganggur adalah lebih kurang 600 000 orang adakah ianya akan berkurangan beberapa tahun lagi. Ini adalah sebahagian daripada ancaman-ancaman yang dihadapi Malaysia pada saat ini dan ancaman seperti ini sebenarnya lebih berbahaya dari bertempur di medan perang. Ini kerana ianya tidak "lut" dek peluru M16 @ bedilan meriam dan roket. Dengan generasi muda yang kita ada pada tahun 2007 ini, mampukah kita menangkis kesemua itu dan bergemakah lagi laungan keramat Tunku dalam 10 ke 20 tahun akan datang. Apa jaminan kita sebagai salah seorang generasi muda pada hari ini untuk generasi akan datang. Renung-renungkan……

50 TAHUN MERDEKA

July 31st, 2007 by ant-canabis

                        

                     

                      
                     

                        

                        

                        

                     

                      
                     

                        

                        

                        

                     

                      
                     

                        

                        


Sejarah dunia Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Kedatangan
Islam pada abad ke-13 ke Tanah Melayu turut disusuli dengan
perkembangan yang melahirkan ribuan tokoh agama yang gigih berjuang
menegakkan syiar agama suci itu. Seorang tokoh agama yang tidak asing
dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu ialah Syed Syeikh
Al-Hadi. Beliau adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang
memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara,
khususnya agama Islam. Ini termasuk sumbangannya memajukan pendidikan
agama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Singapura, Melaka
dan Pulau Pinang. Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung Ulu
Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan
pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Muda. Hasil perjuangan itu,
lahirlah sistem pengajian madrasah di Tanah Melayu.
                           

                        

 
 
Pengasas
Kaum Muda terdiri daripada Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir
Jalaluddin. Mereka menganggap ajaran Islam harus menerima idea dan
falsafah barat agar umat Islam mendapat kemajuan setanding dengan orang
lain. Oleh itu, amalan sistem pengajian pondok yang mementingkan amalan
keakhiratan saja mungkin ketinggalan zaman. Sistem pengajian itu juga
memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular yang diajurkan oleh
pejajah British. Sebaliknya sistem itu bertujuan melahirkan pelajar
yang alim, berilmu, bertanggungjawab kepada diri, agama dan bangsa.
Perjuangan Syed Syeikh dalam penyebaran dakwah Islam dan sistem
pendidikan semakin ketara dalam usaha mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada
tahun 1907 di Selegie Road, Singapura. Madrasah Al-Iqbal didirikan
untuk mengembangkan Islam, menyalurkan pemikiran menentang khurafat,
membangunkan kembali sikap kritis umat Islam terhadap perubahan
sekitar, khususnya kemodenan Barat. Walau bagaimanapaun, madrasah
Al-Iqbal kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam dan
dipindahkan ke Pulau Penyengat, Riau Lingga. Pada tahun 1916 Syed
Syeikh Al-hadi kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah Al-Hadi di
Bandar Kaba pada tahun 1917. Syed Syeikh Al-Hadi yang mendapat
pendidikan agama dan akademik di Mesir mengunakan bahasa pengantar Arab
di madrasah itu. Madrasah Al-Hadi telah menghadapi beberapa masalah. Di
antaranya termasuklah masalah kewangan, pentadbiran, ketiadaan guru
berkelayakan dan fenomena pemikiran masyarakat sekitar yang masih
kolot. Ekoran daripada pelbagai masalah yang sering dihadapi
menyebabkan Syed Syeikh Al-Hadi menutup madrasah itu pada tahun 1918.
Satu lagi sebab penutupan madrasah itu ialah pertentangan antara Kaum
Muda dan Kaum Tua di Melaka. Selain itu, golongan anti Kaum Muda di
Melaka turut memulau syarahan Syed Syeikh Al-Hadi. Pada tahun 1919,
beliau berhijrah ke Pulau Pinang. Pertentangan di antara Kaum Muda dan
Kaum Tua telah mencetuskan pergaduhan.
 
 
 
Kaum
Muda yang menerima pengaruh dari Indonesia itu menentang Kaum Tua yang
mengikut satu mazhab saja manakala Kaum Muda menyeru supaya ijtihad
dikembalikan untuk mencari sumber Islam. Di Pulau Pinang Syed Syeikh
Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah, iaitu pada
tahun 1919. Antara pelajar lepasan madraah itu termauklah Dr.
Burhanuddin Al-Helmi yang kemudian muncul sebagai tokoh agama dan
perjuang kemerdekaan tanahair. Seorang lagi bekas pelajar madrah itu
ialah Haji Abu Bakar Al-Shaari. Syed Syeikh Al-Hadi kemudiannya
menceburkan diri dalam bidang penerbitan buku dan percetakan akhbar.
Syarikat percetakan yang dimiliki oleh Syed Syeikh Al-hadi ialah
Jelutung press. Melalui syarikat itu, beliau telah menerbiktan majalah
bulanan Al-Ikhwan dan akhbar dwi-mingguan, iaitu Saudara. Satu
keistimewaan Syed Syeikh Al-Hadi yang hampir sama dengan Hamka ialah
beliau juga membabitkan diri dalam perkembangan kesusasteraan dengan
menghasilkan novel saduran yang laris pada zamannya. Salah satu
daripada novelnya yang terkemuka ialah Faridah Hanum.
 
 
 
Pengaruh
gerakan reformasi yang dipelopori oleh Syed Syeikh Al-Hadi kemudiannya
berkembang ke beberapa buah negeri, termasuklah Perak. Seorang anak
didik Al-Masyhor, iaitu Syeikh Abdullah Maghribi telah mendirikan
madrasah Idrisiah di Perak. Terdapat lepasan Al-Masyhor yang lain turut
menubuhkan Madrasah Al-Diniyyah Kampung Lalang, Perak pada tahun 1934.
Sumbangan Syed Syeikh Al-Hadi dalam pendidikan Islam di Tanah Melayu
meninggalkan kesan yang mendalam dan hasil pemikiran kritisnya
melahirkan pembaharuan dalam gerakan Islam di Malaya. Penubuhan
madrasah yang dipeloporinya berhasil memberi pukulan kepada sistem
pendidikan sekular oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Syed Syeikh
Al-Hadi meniggal dunia pada Februari 1934 di Pualu Pinang.
 

Kepentingan Wanita dalam Berpolitik

July 31st, 2007 by ant-canabis

Wanita merupakan bahagian yang tak dapat dipisahkan dari masyarakat, kerana Allah menciptakan manusia dalam dua jenis, iaitu laki-laki dan Wanita, untuk hidup bersama dalam suatu masyarakat. Keduanya diberikan potensi yang sama dari sisi kemanusiaannya, berupa potensi akal, naluri dan keperluan hidup. Adanya potensi ini akan mendorong keduanya terjun dalam kancah kehidupan bersama-sama.

Ketika manusia hidup bersama dalam suatu masyarakat, tentu tidak akan terlepas dari adanya persoalan-persoalan bersama yang muncul dalam kehidupan mereka. Hal ini mengharuskan setiap anggota masyarakat untuk turut berperanan serta menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi bila persoalan tersebut menyangkut urusan orang banyak, iaitu urusan umat. Baik laki-laki mahupun Wanita tidak boleh berlepas tangan. Inilah pandangan Islam berdasarkan nash-nash sebagai berikut:

“Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan (Islam), menyeruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung. ( QS. Ali Imran : 104).

“Barangsiapa yang tidak memperhatikan kepentingan kaum muslimin, maka ia bukanlah termasuk di antara mereka, dan barangsiapa yang tidak berada di waktu pagi dan petang selaku pemberi nasihat bagi Allah dan Rasul-Nya, bagi kitab-Nya, bagi pemimpinnya dan bagi umumnya kaum muslimin, maka bukanlah ia termasuk di antara mereka.” (H R. Thabrani).

‘Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan kalian, bila tidak mampu, maka ubahlah dengan lisan, dan bila tidak mampu, maka ubahlah dengan hati, walau itu merupakan selemah-lemah iman.” (HR. Muslim)

Nash-nash di atas menggunakan lafaz yang bersifat umum, seperti lafaz ummah pada QS. Ali Imran : 104, atau lafaz man (barangsiapa) pada dua hadis di atas. Lafaz-lafaz tersebut tidak membezakan antara laki-laki dan Wanita, sehingga status hukumnya wajib baik bagi laki-laki mahupun Wanita.

Ketika perintah Allah dan Rasul-Nya ditujukan kepada kaum muslimin seluruhnya, maka dapat dipastikan bahawa seluruh kaum muslimin baik laki-laki mahupun Wanita sanggup untuk melaksanakannya. Sebab Allah tidak akan membebani hamba-Nya di luar kemampuannya, sebagaimanan firman Allah dalam QS. Al Baqarah : 286 :

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia ,mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannnya.”

Pada hakikatnya, ketika kaum muslimin berupaya memfungsikan segenap potensi insaniyahnya untuk turut menyelesaikan persoalan umat, maka pada saat itulah dia terlibat dalam mengurus kepentingan umat. Mengurus urusan umat, termasuk di dalamnya memperjuangkan agar usaha pemeliharaan urusan umat mampu terlaksana sebagaimana mestinya adalah aktiviti politik. Dengan demikian, Islam membebankan kewajipan politik kepada laki-laki, dan juga kepada Wanita.

Ada satu hal yang patut direnungkan oleh seluruh Wanita muslim. Tidak dapat diingkari bahawa saat ini jumlah Wanita lebih banyak dibandingkan dengan laki-laki. Maka apabila kaum Wanita mampu berperanan secara optimal, tentu akan memberi sumbangan yang sangat besar menuju tercapainya “umat terbaik”. Suara Wanita yang besar akan memberikan suatu pressure atau tekanan yang kuat kepada penguasa untuk menjalankan aktiviti pengurusan umat dengan baik, yang kita yakini tidak akan tercapai tanpa menegakkan syariat Islam. Begitu pula bila Wanita menjalankan fungsinya sebagai pencetak generasi politikus berkualiti, maka peranan politiknya akan menjadi sesuatu yang signifikan dalam menuju kebangkitan umat.

Dengan demikian, dalam perspektif Islam, aktiviti politik yang dilakukan oleh Wanita adalah semata-mata penunaian kewajipan dari Penciptanya. Sebagai konsekuensi, dalam pelaksanaan penunaian kewajipan ini, Wanita muslimah harus senantiasa mengikatkan diri terhadap hukum-hukum Allah. Keluar rumah dengan berjilbab, tidak melalaikan tugas utamanya sebagai isteri dan ibu, tidak berkhalwat, tidak bertabarruj, tidak bersafar lebih dari sehari-semalam tanpa mahram, adalah beberapa hukum yang tetap harus dipegang Wanita ketika terjun dalam aktiviti politik.

Bentuk-bentuk aktiviti Politik Wanita

Aktiviti politik bagi Wanita yang berorientasi pada redha Allah, sangat berbeza dengan aktiviti para feminis yang berorientasi pada perjuangan menuntut kesetaraan gender. Para feminis menuntut persamaan hak politik yang diwujudkan dalam bentuk penambahan jumlah Wanita yang duduk di kurusi penguasa, termasuk parlimen. Hal ini dilakukan berdasarkan asumsi, pemecahan permasalahan Wanita hanya dapat dilakukan oleh Wanita. Sedangkan dalam perspektif Islam, aktiviti politik adalah menjalankan perintah Allah, sehingga bentuk-bentuk aktiviti yang dilakukan terikat juga dengan apa aktiviti yang dibolehkan, diwajibkan dan diharamkan bagi Wanita.

Aktiviti Politik Yang Dibolehkankan bagi Wanita

1. Memilih dan Membaiat Pemimpin

Adanya pemimpin dalam suatu masyarakat adalah suatu hal yang mutlak untuk menyatukan dan mengarahkan potensi tiap anggota masyarakat ke arah tercapainya kesejahteraan dan ketenangan masyarakat tersebut. kerana itu Islam memberikan hak suara untuk memilih dan mengangkat ketua negara kepada tiap anggota masyarakat baik laki-laki mahupun Wanita. Tiap warga negara akan secara sedar menggunakan hak ini dengan penuh tanggungjawab demi keberlangsungan kepemimpinan negara.

Dalam sistem Islam, sahnya pengangkatan seorang ketua negara adalah dengan adanya baiat. Baiat merupakan pernyataan kerelaan mengangkat dan taat dari kaum muslimin kepada seseorang untuk memimpin dan memberlakukan hukum-hukum Islam atas mereka. Baiat pengangkatan penguasa ini hukumnya boleh bagi Wanita seperti yang terjadi pada Baiat Aqabah II, ketika 75 orang wakil penduduk Madinah, 2 di antaranya Wanita, menyerahkan kekuasaan kota Madinah kepada Nabi Muhammad SAW.

2. Memilih dan Dipilih sebagai Anggota Majlis Syura

Dalam riwayat shahih dari Ibnu Hisyam, dari Kaab bin Malik, disebutkan bahawa setelah tujuh puluh tiga orang laki-laki dan dua Wanita dari suku Aus dan Khazraj di kota Madinah melakukan baiat Aqabah II, Rasulullah SAW berkata kepada mereka :

“Datangkanlah dua belas wakil dari kalian, yang ada pada mereka tanggungjawab atas kabilahnya masing-masing…”

Seruan dari Rasulullah ini ditujukan kepada laki-laki dan Wanita, bererti Rasul memberi hak pilih kepada baik laki-laki mahupun Wanita. Begitu pula Rasulullah tidak menentukan wakil yang dipilih harus laki-laki, sehingga Wanita pun berhak untuk dipilih menjadi wakil rakyat.

Wakil rakyat ini kemudian dikenal berkumpul dalam Majlis Syura. Majlis syura ini adalah suatu badan yang memberikan nasihat dan pendapat kepada ketua negara atau disebut Khalifah. Nasihat dan pendapat anggota majlis ini diperlukan Khalifah dalam pembuatan ketetapan-ketetapan yang berkaitan dengan pengurusan hajat kehidupan umat. Wakil-wakil rakyat ini mengajukan apa saja yang diperlukan oleh rakyat dan memberikan saranan bagaimana keperluan itu dipenuhi. Mereka juga melakukan koreksi dan menasihati penguasa apabila keperluan rakyat diabaikan atau cara pemenuhannya tidak sesuai dengan apa yang sudah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Wanita dalam majlis ini mewakili pendapat masyarakat yang memilihnya dan terutama mewakili kepentingan Wanita. Pendapat Wanita seringkali diperlukan oleh khalifah ketika menetapkan suatu keputusan, kerana tidak semua kepentingan dan kesulitan Wanita dapat difahami oleh laki-laki. Sebagai contoh, mungkin tidak pernah terfikirkan oleh laki-laki perlunya ruangan khusus menyusui anak di tempat-tempat umum seperti terminal, tempat awam, pasar dan sebagainya. Begitu pula keperluan Wanita dalam mendapatkan layanan-layanan khusus dalam kesihatan, pendidikan, transportasi, dan berbagai aspek lainnya. Pemenuhan berbagai keperluan khusus Wanita tentu memperlukan pendapat dari kaum Wanita yang berkepentingan, sehingga penguasa tidak salah dalam menetapkan keputusan.

Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar bin Khattab pernah mengumpulkan para Wanita untuk membahas mahar yang dinilainya terlalu tinggi. Beliau menetapkan membatasi mahar sebesar 400 dinar untuk kemashlahatan masyarakat. Namun sebahagian Wanita yang diwakili oleh Khaulah binti Malik bin Tsa’labah menolak aturan tersebut sambil menyampaikan hujah, yakni Al Quran Surat An-Nisaa : 20 :“… sedang kamu telah memberikan kepada seorang (Wanita) di antara mereka harta yang banyak (tanpa ada batasan ). Maka janganlah kamu mengambil kembali darinya, meskipun hanya sedikit…”

Mendengar hujah Khaulah, Umar mengakui kekhilafannya dan membatalkan keputusannya seraya berkata: “Benarlah Wanita itu dan salahlah Umar.”

Aktiviti-aktiviti Politik yang Diwajibkan Bagi Wanita

1. Baiat Taat

Apabila telah diangkat seorang khalifah bagi seluruh kaum muslimin, maka kaum muslimin yang tidak terlibat langsung dalam baiat pengangkatan wajib melakukan baiat taat, termasuk Wanita. Diriwayatkan dari Ummu Athiyyah yang berkata:

“ Kami membaiat Rasulullah saw, lalu beliau membacakan kepada kami,’Janganlah kalian menyekutukan Allah dengan sesuatu’…(HR Bukhari)

2. Menasihati dan Mengoreksi Penguasa

Seperti juga kepada laki-laki, Allah mewajibkan juga Wanita untuk memberi nasihat. “Agama (Islam) itu nasihat”, kemudian ditanyakan,’Kepada siapa ya Rasulullah?’ Beliau menjawab : ‘Kepada Allah, RasulNya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan rakyat mereka.”

“Jihad yang terbaik adalah berkata tentang kebenaran di hadapan penguasa yang zalim.” (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Apabila penguasa menetapkan suatu aturan yang melanggar hukum syarak, atau ada keperluan rakyat yang luput dari perhatian penguasa, maka kewajipan setiap muslim untuk menasihati penguasa agar ia dapat memperbaiki kesalahan tersebut. nasihat ini boleh disampaikan langsung kepada penguasa, melalui anggota majlis syura, atau melalu suara kutlah siyasi.

3. Bergabung dengan Kutlah Siyasi

Kutlah siyasi adalah parti politik yang didirikan dalam rangka memenuhi kewajipan yang diserukan dalam QS. Ali Imran : 104

“Hendaklah ada segolongan di antara kamu yang menyeru kepada kebaikan (Islam), mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran; mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Kutlah siyasi berdiri untuk menjaga agar semua hukum-hukum Allah tetap dipakai manusia di sepanjang masa, baik hukum yang mengatur kehidupan masyarakat muslim sendiri, mahupun hukum-hukum untuk mengajak orang di luar Islam untuk bergabung dalam cahaya Islam. Kutlah siyasi wajib ada baik apakah muslim berada dalam sistem Islam mahupun sistem non Islam. Dalam sistem Islam, kutlah bertujuan mengawasi pelaksanaan pengurusan umat oleh penguasa dan mengoreksinya bila ada penyimpangan, sementara dalam sistem non Islam, kutlah berjuang untuk melangsungkan kembali kehidupan di bawah sistem Islam.

Wanita memiliki peranan penting dalam kutlah siyasi, terutama dalam membina kesedaran politik sesama Wanita. Wanita adalah tiang negara, kerana itu, Wanita yang memiliki kesedaran politik akan dapat menjalankan peranan ini dengan baik. Dia tahu bagaimana dia harus mencetak anak-anaknya menjadi generasi pemimpin umat. Dia tahu bahaya yang dihadapi dalam usahanya ini, dan dapat mempersiapkan cara untuk menangkalnya. Misalnya, Wanita yang berkesedaran politik tahu bahawa media massa adalah alat paling efektif untuk merosakkan nilai-nilai Islam anak-anak, sehingga dia dapat bersikap selektif. Berbeza dengan Wanita yang tidak memiliki kesedaran politik cukup, dia akan membiarkan anak melahap semua sajian media tanpa mengetahui bahaya yang ditimbulkan bagi perkembangan keperibadian anak.

Begitu pula, Wanita yang memiliki kesedaran politik tahu persis apa hak-haknya yang harus dipenuhi oleh penguasa dan bagaimana pemenuhannya. Bila ada penyimpangan, dia tahu kewajibannya untuk mengoreksi agar penguasa kembali lurus di jalan yang telah Allah gariskan. Dengan demikian, Wanita akan bahu-membahu dengan laki-laki untuk menjaga tegaknya syariat Islam. Inilah perwujudan dari apa yang difirmankan Allah dalam QS. At Taubah : 71

“Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan Wanita, sebahagian menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.”

Untuk mewujudkan kesedaran politik Wanita yang seperti inilah, diperlukan keterlibatan aktivis Wanita di dalam kutlah siyasi.

Aktiviti Politik Wanita yang Diharamkan

Aktiviti politik Wanita yang diharamkan oleh Islam hanya satu, iaitu menjadi penguasa atau memegang jabatan yang memiliki wewenang kekuasaan dalam negara. Keharaman ini didasarkan pada hadis Rasulullah dari Abu Bakar:

“Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusannya kepada seorang Wanita.” (HR Bukhari)

Hadis ini diucapkan Rasulullah saw ketika disampaikan kepada beliau berita bahawa rakyat Parsi dipimpin oleh seorang ratu. Maka yang dimaksud dengan menyerahkan urusan dalam hadis ini adalah urusan kekuasaan pengaturan negara, bukan yang lain.

Penguasa adalah orang yang bertanggungjawab penuh menguruskan urusan umat. Untuk boleh melakukan pengurusan tersebut ia diberi hak menetapkan perundangan-perundangan yang wajib ditaati rakyat. Apabila ada yang melanggar, ia berhak menjatuhkan sanksi yang ditetapkan juga dalam undang-undang. Setiap orang yang memiliki hak seperti ini disebut penguasa, yang dalam sistem pemerintahan Islam terdiri dar :

1. Khalifah (ketua negara), iaitu pemegang kekuasaan tertinggi di dalam negara, namun tetap harus tunduk kepada hukum syarak.

2. Wali (ketua wilayah), iaitu orang diangkat dan diberhentikan serta bertanggungjawab kepada khalifah. Ia diberi wewenang oleh khalifah untuk memimpin dan menetapkan perundangan-perundangan yang hanya berlaku di suatu wilayah tertentu.

3. Amil, iaitu orang yang diberi hak oleh wali untuk memimpin dan menetapkan suatu peraturan yang hanya berlaku di suatu bahagian dari wilayah.

4. Qadhi Mazhalim, iaitu hakim tertinggi yang berhak memaksa rakyat atau khalifah untuk taat pada suatu ketetapan apabila terjadi perselisihan antara rakyat dan khalifah dalam urusan politik. Qadhi mazhalim juga berhak mengumumkan pencabutan kekuasaan dari seorang khalifah pada saat khalifah tidak lagi menerapkan hukum atau aturan yang bersumber dari syariat Islam, atau khalifah tidak lagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang dasar.

Dalam sistem non Islam, Wanita juga diharamkan menjabat sebagai penguasa. Yang termasuk dalam lingkup penguasa pada sistem non Islam ini adalah lembaga eksekutif seperti presiden, menteri, gabenor,lembaga legislatif iaitu parlimen, dan kekuasaan judikatif seperti ketua Mahkamah Agung.

Pengharaman jabatan-jabatan yang berkaitan dengan kekuasaan ini bukanlah suatu pendiskreditan terhadap Wanita tetapi pengharaman ini justeru untuk menjamin tertunaikannya peranan utama Wanita sebagai ibu yang mencetak generasi penerus umat. Peranan ini tidak tergantikan. Bila Wanita tersibukkan dengan tugas-tugasnya sebagai penguasa yang selalu harus siap menyelesaikan seluruh pengurusan umat, bagaimana dia akan mempertanggungjawabkan kewajipannya mendidik anak di hadapan Allah nanti? Hal ini tentu tidak sulit difahami oleh orang-orang yang memandang kehidupan senantiasa mengacu kepada tujuan penciptaannya sebagai manusia. Sebaliknya akan sulit difahami oleh orang-orang yang hanya memikirkan diri sendiri dan berfikir secara dangkal dalam menyelesaikan permasalahan hidupnya.

Begitu pula, pengharaman Wanita dalam kekuasaan bukanlah usaha menindas Wanita. Dalam Islam, ada keharusan bagi pemimpin untuk memutuskan segala sesuatu berdasarkan aturan Allah dan Rasul-Nya. Puncak kekuasaan bukanlah posisi yang membolehkannya berbuat sesuka hati, tetapi menjadi pemimpin adalah suatu amanah Allah yang akan dimintai pertanggungjawapan. Dengan demikian, tidak masalah siapapun pemimpinnya baik laki-laki ataupun Wanita, aturan-aturan yang dibuatnya harus selalu mengacu kepada hukum syarak, bukan mengacu pada kepentingan golongan laki-laki saja atau Wanita saja.

Haramnya Wanita berkifrah dalam parlimen adalah suatu perkara yang berbeza dengan kebolehan Wanita menjadi anggota majlis syura. Ini kerana adanya perbezaan fakta yang mendasar antara majlis syura dalam Islam dengan parlimen.

Parlimen identik dengan lembaga pembuat undang-undang, suatu aktiviti yang hanya dilakukan oleh penguasa. Sedangkan majlis syura hanya memberi nasihat dan masukan/input kepada khalifah, bukan membuat undang-undang. Perbezaan yang prinsipal inilah yang membuat status hukum Wanita beraktiviti di dalamnya menjadi berbeza.

Inilah garis-garis yang telah ditetapkan Allah bagi Wanita untuk berkifrah di bidang politik. Wanita muslimah yang meletakkan tujuan hidupnya dalam kerangka redha Allah tentu akan mampu menjalankan hak dan kewajipan politiknya sama seperti melaksanakan hak dan kewajipan lainnya dalam agama.

PI MAI PI MAI TANG TU

July 22nd, 2007 by ant-canabis

Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin banyak dan menjadi-jadi. Jika dulu setiap kali isu sosial ini timbul, masyarakat akan terus mencemuh dan mengaitkannya dengan budaya kehidupan Barat. Istilah ‘budaya kuning’ cukup popular suatu waktu dulu bagi menggambarkan kehidupan bebas di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi di Malaysia. Waktu itu, masyarakat masih memandang keji budaya import ini yang telah merosakkan akhlak, khususnya golongan muda. Tahun demi tahun berlalu, istilah budaya kuning semakin terhakis dan terus hilang dari kamus. Dengan kata lain, ‘budaya kuning’ itu telah kehilangan kuningnya dan kini telah menjadi ‘budaya kita’. Sebab itulah, gejala sosial yang berlaku kini bukanlah merupakan satu perkara asing lagi di dalam masyarakat. Masyarakat nampaknya sudah ‘lali’ dengan apa yang berlaku dan sudah pasrah dengannya, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’.

Hampir setiap hari kita didedahkan dengan bermacam-macam laporan tentang masalah salah laku remaja. Berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan sudah terlalu lumrah, sehingga ia tidak lagi dilakukan di tempat yang tersorok, malah telah berlaku secara terang-terangan di tempat awam. Jika dulu kes-kes berpeluk, cium dan raba adalah fenomena biasa di tasik-tasik, kini ia boleh dilihat di mana-mana, termasuklah di kedai-kedai mamak sekalipun. Budaya rempit sudah tidak terkata dan semakin hari mereka semakin menunjukkan belang. Ini terjadi setelah golongan mat rempit ini semakin mendapat perhatian kerajaan, seolah-olah mereka ini telah diberi satu ‘pengiktirafan’. Baik di bandar mahupun kampung, golongan ini sudah tidak memilih tempat lagi, asalkan ada jalan raya. Lebih buruk, aktiviti rempit ini turut melibatkan golongan remaja perempuan. Apa yang paling menyedihkan kita ialah, mereka ini semuanya beragama Islam! Malah sebahagian besar kes gejala sosial yang berlaku di Malaysia adalah melibatkan muda-mudi Islam!

Sedikit Berita Terkini

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan moral khususnya yang menyentuh perkara-perkara berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan, mereka pastinya telah mengetahui tentang isu terkini sekitar laporan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dibuat oleh pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Khaidzir Ismail telah mendedahkan bahawa hanya seorang sahaja daripada subjek-subjek ujikaji berjumlah 887 remaja bermasalah masih belum pernah melakukan ’hubungan seks’. Laporan tersebut telah menjadi isu kontroversi di mana penemuan tersebut telah dikritik hebat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyatakan hasil laporan tersebut tidak boleh diguna pakai kerana terdapat kesalahan dari segi statistik serta definisi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula meluahkan, ‘‘Jangan hukum seluruh generasi muda hanya kerana perlakuan 886 gadis… ramai lagi golongan remaja perempuan yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak tinggal sembahyang… kenapa kita tidak bercakap mengenai mereka? Kenapa kita hanya menumpu kepada isu-isu kecil sahaja”. Beliau seterusnya menyatakan, ‘‘Jangan jadikan hasil kajian ini untuk menghukum mereka. Henti menghukum generasi muda,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran media Festival Sastera Antarabangsa Kuala Lumpur [UM 02/03/07].

Cukup malang apabila kita mendengar kes ini dianggap sebagai kes kecil sahaja, apatah lagi bila dikatakan tidak perlu menghukum remaja dengan (kajian) kes-kes sebegini. Mungkin kerana ia melibatkan remaja maka ia dianggap kes kecil dan tidak perlu menghukum, tetapi jika ia melibatkan mana-mana Datuk atau Menteri, maka kes ini adalah kes besar dan perlu dihukum. Mungkin juga kerana ia dilakukan secara suka sama suka oleh remaja yang berkenaan, maka ia dianggap sebagai kes kecil sahaja dan tidak perlu menghukum remaja kerananya, tetapi jika remaja memaksa (mencabul kehormatan/merogol) remaja lain, barulah kes ini dikatakan besar! Pelik! Apakah standard/ukuran yang digunakan? Walhal di dalam Islam, sesiapa sahaja yang berkhalwat, berzina (suka sama suka) atau merogol, sama ada rendah atau tinggi status sosialnya sekalipun, jika ia dilakukan oleh orang yang telah baligh dan berakal, maka ia wajib dihukum. Dengan kata lain, kes ini wajib diselesaikan, bukan dibiarkan.

Biarpun kesahihan kajian UKM tersebut dipertikaikan, namun apa yang pasti masalah keruntuhan akhlak terutama yang membabitkan hubungan antara lelaki dan perempuan seperti khalwat, zina dan lain-lain, memang telah lama menular di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pertikaian dari segi statistik dan definisi ini tidak dapat menidakkan gejala sosial yang semakin parah ini. Tambahan lagi, bukan soal statistik dan definisi yang ingin kita bahaskan, tetapi kesalahan itu sendiri. Maksudnya, wujud atau tidak salah laku tersebut, inilah yang kita perlu persoalkan. Jika wujud, tidak kira berapa statistiknya sekalipun, kita wajib menyelesaikannya, dan wajib diselesaikan menurut perspektif Islam, bukan menurut akal kita. Cara memandang dan menilai salah laku remaja dari aspek kuantitatif tidak akan membawa kepada apa-apa penyelesaian. Adakah kita hanya ingin menunggu statistik yang besar dan terbukti secara kuantitinya, barulah kita akan menganggap masalah ini serius dan perlu diatasi? Apakah kita ingin menunggu masalah ini menjadi sebati dengan remaja barulah kita ingin bertindak? Cara berfikir sebeginilah yang menyebabkan masyarakat menjadi lali dengan gejala sosial dan masyarakat juga turut lali dengan kegagalan yang berlanjutan dalam mengekang masalah ini dan mula menerimanya sebagai sesuatu yang lumrah.

Kebuntuan pihak-pihak bertanggungjawab dalam memberikan penyelesaian juga jelas terbukti dengan peningkatan kadar jenayah. Kita melihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa, biarpun telah bermacam pendekatan diambil dan berjuta ringgit telah dibelanjakan untuk menangani gejala-gejala ini, masalahnya tidak pernah berkurangan malah telah bertambah dari tahun ke tahun. Biarpun bilangan penduduk Malaysia hanya bertambah sekitar 2% setiap tahun, indeks jenayah rogol dan sebagainya telah bertambah dengan lebih besar. Pada tahun 2004, jenayah rogol telah bertambah sebanyak 16.8% kepada 1,718 kes daripada 1,471 kes pada tahun 2003 (statistik Polis DiRaja Malaysia) berbanding pertambahan penduduk yang hanya meningkat sebanyak 2.1%. Pada tahun 2005, kes rogol telah meningkat kepada 1,895 kes, peningkatan sebanyak 10.3% berbanding 2004 dan pada tahun lalu pula, jenayah rogol terus meningkat kepada 2,238 kes, pertambahan sebanyak 18.1%. Jika dibandingkan, pertambahan penduduk hanya meningkat sebanyak 1.9% sahaja.

Bagi kes pencabulan kehormatan pula, PDRM telah merekodkan 1,399 kes pada tahun 2003, meningkat 18.7% kepada 1,661 pada tahun 2004, meningkat lagi pada tahun 2005 kepada 1,771 dan pada tahun lepas terus lagi meningkat kepada 2,023 kes iaitu pertambahan sebanyak 14.2%. Ini tidak dikira kes-kes jenayah lain yang juga menunjukkan corak kenaikan yang sama setiap tahun. Adakah ini senario yang kita harap-harapkan? Adakah para ibu bapa boleh tidur lena dengan mengetahui risiko-risiko yang boleh menimpa anak-anak mereka? Bolehkah kita berbangga dengan pertumbuhan ekonomi lebih 5% setiap tahun dari tahun 2003, yang hakikatnya turut disertai pertumbuhan kadar jenayah sosial seperti yang telah dinyatakan? Adakah kita perlu pasrah dengan kenyataan bahawa peningkatan kadar jenayah tersebut sebagai suatu yang lumrah? Apakah kita tidak mahu mengubah keadaan ini? Apakah tidak wujud penyelesaian bagi masalah ini di dalam agama Allah?

Kaedah Penyelesaian Yang Tidak Menyelesaikan

Mereka yang terlibat dalam gejala sosial yang diketengahkan ini rata-ratanya menjalani kehidupan mereka dengan melakukan tindakan-tindakan tanpa matlamat yang jelas atau tanpa matlamat langsung. Tanpa matlamat dan hala tuju kehidupan yang jelas ini, maka perbuatan-perbuatan manusia akan dilakukan berdasarkan miqiyas (penilaian) yang tersasar dari jalan yang diredhai oleh Allah. Ada masanya mereka ini melakukan tindakan-tindakan bodoh kerana menjadi pak turut kepada satu pandangan hidup yang terpesong. Konsep kebebasan hidup yang dipeloporkan oleh ideologi ciptaan Barat telah meracuni minda umat Islam di Malaysia hingga ianya menjadi pasak kepada pembentukan asas nilai kepada tindak-tanduk mereka.

Budaya hedonisme dan budaya-budaya Barat lain yang mengajak kepada pemenuhan tuntutan nafsu dan keseronokan secara maksima menjadi ikutan hasil daripada tiadanya kefahaman terhadap tujuan manusia diciptakan di atas muka bumi ini. Ini ditambah pula dengan sistem kehidupan yang diamalkan kini telah meletakkan nilai-nilai pincang pujaan Barat sebagai asas nilai kehidupan masyarakat kini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Cinta sebelum kahwin dan muqaddimah zina dibiarkan dan dipandang enteng oleh masyarakat sehingga mereka yang tidak melakukannya dilihat sebagai kolot atau ketinggalan zaman. Undang-undang yang ada pula dengan mudah dipermainkan apabila nilai denda/hukuman yang dikenakan langsung tidak menggerunkan. Pihak berkuasa pula lebih memandang masalah sosial ini sebagai isu individu dan bukannya satu jenayah besar yang mesti dibanteras sekeras-kerasnya.

Setiap kali berlakunya kes-kes baru yang dihangatkan oleh media, seringkali kita dibentangkan dengan pelbagai kaedah penyelesaian yang kononnya dapat menangani permasalahan yang timbul. Masyarakat telah lumrah dengan pendekatan-pendekatan tekstual seperti memberikan pendidikan agama yang secukupnya, menyediakan lebih banyak pusat-pusat didikan dan kaunseling, melaksanakan undang-undang yang lebih ketat dan sebagainya. Ada pula pihak yang lebih sibuk menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak tertentu daripada memberikan penyelesaian. Antara golongan yang biasa kita dengar akan dipersalahkan apabila adanya berita remaja terlibat dengan salah laku moral adalah pihak ibubapa, rakan sebaya, media massa, internet, pihak sekolah khususnya guru-guru, masyarakat dan seumpamnya. Malah, imam masjid kadang-kadang turut dipersalahkan kerana gagal menarik minat golongan muda untuk ke masjid dan mendalami ilmu agama. Yang pasti, satu-satunya pihak yang tidak pernah bersalah adalah kerajaan! Kerajaan adalah satu pihak yang telah melaksanakan segala-segalanya untuk kebaikan rakyat. Segala yang kerajaan lakukan ialah demi untuk rakyat. Jadi, jika masih terdapat masalah, maka rakyatlah yang bersalah. Kerajaan seolah-olah merupakan satu institusi ‘suci’ yang tidak pernah bersalah dalam apa jua masalah!

Sebagaimana yang telah disebutkan, setakat ini pelbagai jalan penyelesaian telah diambil. Rata-rata pendekatan yang selalu dicadangkan selama ini lebih banyak dilihat cuba mengubati simptom-simptom yang berlaku dan bukannya mengubati penyakit sebenar. Masalah remaja rosak akhlak, merempit, terjerumus ke lembah maksiat dan penagihan dadah adalah simptom yang timbul daripada penyakit sebenar. Contohnya, jika di sebuah kawasan perumahan terdapat aktiviti memecah batu (kuari) dan akibatnya sebahagian besar dari penduduk terkena batuk-batuk. Jadi, beberapa penyelesaian cuba diambil seperti memakan ubat batuk, menutup tingkap-tingkap rumah dengan kain, membersihkan halaman rumah dari debu-debu, memakai topeng penutup hidung dan sebagainya. Persoalannya? Apakah semua langkah ini dapat mengubati penyakit batuk tersebut? Apakah ini merupakan penyelesaian yang hakiki? Kami rasa para pembaca semua sudah dapat mengagak bahawa jawapan yang sebenarnya adalah cukup mudah, yakni menutup kuari tersebut atau menghentikan operasinya. Jika batuk yang diubati, bukannya kuari itu sendiri, maka inilah yang dikatakan mengubati simptom, bukan puncanya. Jika beginilah caranya, masalah yang timbul tidak akan pernah dapat diselesaikan!

Berbalik kepada isu gejala sosial seperti kes mat rempit, ada pihak yang mencadangkan agar lesen mat-mat rempit tersebut ditarik seumur hidup atau mereka diberi kaunseling dan didikan agama secukupnya. Turut dicadangkan agar ibubapa mereka didenda. Jika difikirkan, adakah mereka ini merempit hanya kerana mereka mempunyai lesen dan sekiranya lesen mereka ditarik maka mereka tidak akan merempit lagi? Bagi membanteras kes rogol pula, pernah dicadangkan agar perempuan memakai cawat besi, diperketat undang-undang dan sebagainya. Bagi kes tangkap khlawat atau berdua-duaan, cadangan yang biasa adalah diberi kaunseling dan didikan agama. Persoalannya, adakah mereka ini tidak memahami bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan berdosa dari segi agama sehingga perlu diberi kaunseling? Tidak cukupkah pendidikan agama dan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan di sekolah-sekolah? Inilah beberapa contoh penyelesaian simptom kepada masalah, bukan menyelesaikan puncanya.

Adakah Sinar Untuk Kita?

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Orang-orang kafir Barat hidup tanpa berpandukan agama. Oleh itu, mereka menyelesaikan segala masalah mereka dengan menggunakan akal mereka sendiri, tanpa panduan dari agama mereka. Kita umat Islam berbeza sama sekali dengan mereka di mana kita mempunyai panduan yang mana jika kita berpegang dengannya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Dan panduan kita itu tak lain tak bukan ialah Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Jika mengambil selain keduanya, maka sudah barang pasti, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan dan lebih buruk dari itu, umat Islam itu pasti akan tersesat. Inilah apa yang berlaku pada hari ini di mana, pada semua masalah diterapkan hukum akal di dalamnya, bukannya hukum Allah. Umat Islam telah mengambil cara berfikir kafir Barat di dalam menyesaikan segala permasalahan. Maka berlakulah apa yang kita saksikan sekarang - penyelesaian yang tidak pernah menyelesaikan.

Umat Islam tidak habis-habis menggunakan akal dan terus tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk berbincang dan bertelagah sesama sendiri sama ada baldi atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan. Persoalannya, apakah selesai masalah dengan pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi atau besen emas sekalipun? Wahai kaum Muslimin! Kalian semua mengetahui bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah ialah dengan membaiki atap yang bocor tadi. Inilah penyelesaian yang hakiki.

Justeru apa yang kami ingin utarakan ialah penyelesaian yang hakiki bagi semua permasalahan hidup manusia adalah Islam. Kerana yang menjadi punca kepada segala masalah ialah tidak diterapkan Islam di dalam kehidupan. Hukum Islam telah diganti dengan hukum kufur. Pemikiran sekular telah meresap dalam dan sebati dengan umat Islam, khususnya para pemimpin yang di tangan mereka terdapat kuasa membuat undang-undang. Oleh kerana telah sebati dengan sistem kufur sekular, maka di dalam menyelesaikan masalah pun, umat Islam telah berfikir dengan cara berfikir orang-orang kafir, yakni menggunakan akal di dalam berhukum. Kitab Allah dibuang, sunnah Rasul dicampak, undang-undang ciptaan manusia dijulang. Inilah punca kepada segala masalah yang menimpa umat Islam. Jadi, satu-satunya cara yang hakiki di dalam menyelesaikan setiap inci masalah ialah umat Islam wajib kembali kepada kehidupan Islam, wajib berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan dan wajib mengikuti sunah RasulNya di dalam segala aspek kehidupan. Barulah dikatakan kita menangani punca kepada masalah, bukan simptomnya. Jika tidak, maka umat Islam sebenarnya telah mengikuti jejak langkah syaitan yang menyesatkan!

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” [Al-Baqarah (2):208].

Apabila sistem yang mengatur kehidupan itu baik, maka tidak akan ada unsur-unsur yang boleh mendorong manusia untuk melakukan kejahatan atau jenayah. Dalam erti kata lain, sistem yang mampu mengarahkan kecenderungan manusia ke arah ketenteraman dengan terpenuhnya segala tuntutan naluri manusia yang asas akan mampu untuk memastikan terkawalnya manusia daripada melanggar norma-norma kehidupan yang sepatutnya. Sesiapapun perlu memuaskan keperluan fizikalnya (hajatul udhuwiyyah) dengan cara makan, minum, bernafas, buang hajat dan sebagainya. Begitu pula manusia memerlukan ketenangan dengan memenuhi naluri (gharizah) yang dimilikinya. Naluri untuk melestarikan jenis (gharizah an-nau’/sexual instinct) jika tidak diatur sesuai dengan Islam tentu akan mengakibatkan kerosakan akhlak (masalah sosial) dengan merebaknya kes-kes rogol, homoseks, lesbian, pergaulan bebas dan sebagainya.

Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita, bentuk pakaian wanita muslimah, cara memandang wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan (nizham) yang tertentu. Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan, Islam telah meletakkan beberapa ketetapan seperti:

1. Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];

2. Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];

3. Rasulullah bersabda, “Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya.” [HR. Bukhari dan Muslim].

4. Rasulullah juga bersabda, “Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya” [HR. Muslim].

5. Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya;

6. Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;

7. Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;

8. Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);

9. Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].

Dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh Islam, tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap ahli masyarakat dan juga negara. Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala Negara pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah. Jadi, dengan kata lain kehidupan itu wajib diatur dengan sistem Islam, dan jika masih wujud pelanggaran, maka Negaralah yang akan mengenakan hukuman terhadap setiap pelaku maksiat tersebut dan hukuman itu mestilah uqubat Islam, bukannya hukuman akal ciptaan manusia. Perlaksanaan hukuman Islam ini akan mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Muhammad Ismail di dalam kitabnya, Fikrul Islam telah menghuraikan bahawa sistem Islam dapat mencegah manusia dari melakukan tindakan kejahatan sebab, bilamana dia melakukan juga kejahatan itu dia akan berhadapan dengan masyarakat dunia dan negara dengan sistem hukuman yang datang dari Al-Khaliq itu sendiri. Di akhirat kelak ia akan menghadapi azab Allah yang sangat pedih lagi menyeksakan.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Setakat ini hukum Islam tidak pernah dicadang untuk diterapkan apabila membincangkan setiap masalah. Walhal inilah penyelesaian yang haikiki. Malah, apa yang menyedihkan kita ialah jika pun ada cadangan untuk menerapkan hukum Allah ini, para pemimpin dan mereka yang cintakan sekular terus tidak bersetuju, mempertikaikan, mengkritik bahkan ada yang menolak mentah-mentah. Walhal apa yang sepatutnya mereka lakukan ialah berusaha bersungguh-sungguh ke arah penerapannya secara kaffah, bukan mempertikaikannya. Sekiranya mereka tidak faham sekalipun, apa yang wajib mereka lakukan ialah belajar bersungguh-sungguh memahaminya untuk kemudian mengamal dan menerapkannya. Jika untuk hukum kufur mereka boleh dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mempelajarinya, menggubal, membahaskan dan menerapkannya, kenapa tidak untuk hukum Islam?

Wahai kaum Muslimin! Kalian benar-benar memerlukan sebuah negara bagi menerapkan hukum Islam ini. Selagi tiadanya Daulah Khilafah yang akan menerapkan hukum-hukum Allah secara kaffah di dunia ini, selagi itulah kita akan menyaksikan masalah kehidupan yang bertali arus, yang tiada kesudahannya. Hanya mereka yang memiliki ketakwaan yang tinggi sahaja yang akan sanggup bergadai nyawa untuk mengenggam hukum Allah ini, walaupun ia umpama mengenggam bara api. Bagi para pelaku maksiat yang tidak memiliki ketakwaan ini, maka golongan ini hanya boleh diubah dengan adanya sebuah sistem yang datangnya dari Allah yang akan mengubah mereka. Saidina Usman bin Affan pernah berkata, “Sultan (kekuasaan) itu akan meluruskan manusia yang tidak dapat diluruskan oleh Al-Quran.” Maksudnya, jika manusia itu tidak mengikuti apa yang diperintahkan oleh Al-Quran, maka penguasalah (Khilafah) yang akan menghukum mereka (yang akan meluruskan semula mereka). Semoga kekuasaan (Khilafah) ini segera muncul dan akan meluruskan semula manusia dengan Al-Quran serta mengembalikan kehidupan Islam sama ada di dalam kehidupan individu, bermasyarakat dan juga bernegara. Insya Allah.

Kewajipan Mengundi Mengikut Syara’

July 21st, 2007 by ant-canabis

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin
ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang
berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya,
undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al
Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad
sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang
mengurusnya”.
Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari
kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah
yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah
menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai
di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa
didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun,
(faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al
Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil
sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para
ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan
Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan
Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan
melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka
hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat
Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun
begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat
mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu.
Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat
mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih
lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan
wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita
telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah
wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau
kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu
Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita
menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah,
Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat
ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang
memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain
dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat
suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu
(Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak
boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap
tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam
sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis
ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan
yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum
itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk
khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi
iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya
sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan
biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat
pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak
bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari
peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau
dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani
Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah ‘ammah’ di masjid Al
Nabawi.

Baiah ‘ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara
ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang
juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu
adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama
ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat
atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang
aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana
bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan
janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang
menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah:
283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai
syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka
memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan
kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith
Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia
diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan
kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan
negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan
undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam
dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang
dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang
ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali
para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan
layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan
sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta
yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua
mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak
boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan
kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini,
proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah
melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut
adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali
dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah.
Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”

ATTENTION

July 20th, 2007 by ant-canabis

jom kwn2 dftr jd pemilih